Monday, August 4, 2014

AIDILFITRI : Kemenangan atau Kegagalan?



بسم الله الرحمن الرحيم

Takbir raya bergema sudah. Pengumuman raya yang dikatakan 'ditunggu-tunggu' telah pun berlalu hampir seminggu. Sedang kita enak menjamah lemang dan rendang, sebenarnya kehadiran bulan Syawal yang meriah ini menandakan juga perginya satu bulan yang penuh barakah dan rahmat iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak.

Kalau sebelum ini, dalam bulan Ramadan kita seolah2 dihantar ke suatu kursus selama sebulan di sebuah institusi bernama 'Madrasah Taqwa of Ramadan'. Sijil yang sepatutnya dirangkul oleh setiap muslim yang 'graduate' daripada kursus ini adalah sijil Taqwa. 

Itulah dia kemenangan yang hakiki


Suatu Kerugian!



Suatu kerugian yang besar andainya kita melalui bulan Ramadan tetapi dosa kita tidak diampunkan Allah. Sedangkan bulan Ramadan adalah bulan Allah membuka pintu taubat seluas2nya buat hamba2 yang telah menzalimi diri mereka sendiri untuk kembali bertaubat kepada Tuhan. 

Seharusnya hamba yang mengharapkan rahmat Allah. Mendambakan syurga dan kebahagiaan yang abadi di akhirat sana berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan bermunajat memohon keampunan daripada Tuhan Yang Maha Menerima Taubat.

Kita sudah maklum berkenaan kelebihan2 dalam bulan barakah ini. Betapa Allah kasihkan kita umat Muhammad ini dengan menyediakan satu bulan yang mana digandakan pahala bagi setiap amalan sebagai tawaran dan galakan. Ibarat 'Mega Sale' yang tertampal di pasaraya2 seluruh negara. 

Namun, mengapa tawaran 'Giga2' yang Allah s.w.t buka sempena Ramadan ini masih kurang mendapat sambutan? Kita masih leka dan lalai seolah tiada beza antara Ramadan dan bulan2 lain. 

Bila Ramadan pergi. Orang lain pahala berbakul2, beban dosa diampunkan Allah, dapat istiqamah tahajud setiap malam. Kita? Habuk pun takdak. Masa yang penuh nilai sepanjang ramadan itu kita biarkan berlalu tanpa amal kebajikan. 



Bulan yang dikatakan 'Syahrul Quran' kerana pada bulan ini diturunkan Al Quran tiada mengetuk sedikit pun pintu hati untuk membanyakkan bacaan Al-Quran, sedangkan orang lain bertadarus dan tilawah setiap malam. 

Rugi. Sangat rugi. Inilah dia golongan yang gagal melalui 'Madrasah Taqwa of Ramadan'. 

Ramadan sudah lama berlalu. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang. InsyaAllah..



Sebulan Meriah Dengan Ibadah



Kebiasaannya apabila seseorang itu menyertai kursus, kem atau bengkel. Maka selama berbengkel ataupun kem itu, maka pada ketika itulah dia akan menjaga disiplin, menjaga kebersihan, mematuhi setiap arahan dan melaksanakan segala tugasan dengan penuh kerjasama dan bersungguh-sungguh. Tetapi, apabila tamat sahaja kursus. Maka dia akan sedikit demi sedikit meninggalkan apa yang dahulunya ketika berprogram dia laksanakan. Semangat makin lama makin luntur.

Adakah Ramadan juga begitu? Adakah dalam bulan Ramadan sahaja kita hidupkan malam dengan ibadah dan membasahkan lidah dengan tilawah dan zikir? Apakah sebulan sahaja kita berusaha mencantikkan akhlak, melawan nafsu daripada melakukan maksiat dan membersihkan hati dengan istighfar dan taubat?

Andai begitu, maka kita telah benar2 mensia2kan tarbiyah yang kita sendiri lalui selama sebulan dalam bulan Ramadan.

Wabak Islam Ramadani ini tak seharusnya berlaku. Sepatutnya, Ramadan menjadi 'kickstart' untuk kita terus 'upgrade' iman dan amal kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Ibarat kita hantar kereta kita ke bengkel untuk diservis. Setelah dibaiki mana2 yang rosak, dicat yang baru, enjin tukar kasi yng lebih power dan 'pick up'. Lepas tu, dibiarkan di dalam garaj. Berkarat, berhabuk dan kemudian rosak dan usang kembali. Apa faedahnya? 



Manfaatkanlah tarbiyah yang telah kita lalui sepanjang ramadan, jangan biarkan nafsu yang selama ini tunduk lemah kembali kuat mengalahkan iman. Jangan biar amal yang selama ini meningkat gugur satu persatu. 

Jadikan Aidilfitri kita tahun ini sebagai suatu kemenangan, bukan kegagalan.

Teruskan mujahadah. Kuatkan istiqamah. Kuatkan hubungan dengan Allah. Minta bantuan dan kekuatan daripadaNya. InsyaAllah..


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 














No comments:

Post a Comment