Tuesday, July 29, 2014

Bersediakah kita dengan azab Allah?



بسم الله الرحمن الحيم


"Allah.. Panasnya!!"

Ucapan yang makin kerap dikeluarkan oleh umat manusia kini memandangkan cuaca bertambah panas.

Terutamanya bila kita berada di kawasan bandar yang pesat dengan pembangunan.

Balik sahaja ke rumah, sesiapa yang ada 'air-cond' mesti terus buka suhu 18°C dan 'fan' paling high. Atau yang tiada aircond akan terus on kipas paling kuat.

Rebahkan badan. Rasa lega, sejuk, segar dan selesa kerana kepanasan yang mengundang rembesan peluh hangat dinyamankn dengan udara yang jauh lebih cool di dalam rumah tercinta.


Panas Dunia Pun Tak Tahan!

Sinaran matahari terik sahaja sebenarnya sudah cukup menyalai kulit kita yang manja ini.

Pernah tengok orang masak dalam kawah? Cuba kita dekat sedikit dengan api tu, mesti tidak tahan bukan?

Ataupun cuba berdiri lama di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di waktu tengah hari. Mesti kita tercari-cari pasaraya sebab nak sejukkan badan.

Pernah tak kita tunggu bas di tengah-tengah panas? Mengipas2 lah kita dek panasnya mentari ciptaan Ilahi.


Neraka Apatah Lagi Panasnya!

Itu baru panas dunia. Cuba kita bayangkan, panas cuaca hari ini pun kita tak mampu bertahan lama apatah lagi panas neraka yang selama-lama.

Nauzubillahiminzalik

Sanggupkah kita berlaku dosa? Sudah sediakah tubuh kita ini bagi diserahkan kepada jilatan api neraka ciptaan Tuhan yang Maha Menyeksa?

Sebelum terfikir untuk melakukan maksiat, cubalah kita muhasabah. Ingat kembali kelemahan diri kita ini.

Berjemur sekejap di padang pun tak mampu, inikan pula dibakar api yang beribu kali lebih panas.

Bukan sekejap! Lamanya tidak tergambar. Seksanya tidak terbayang. Sanggupkah? Bersediakah?





Kalau semasa di dunia ini, bila panas, haus, maka boleh lah kita minum air 100 plus atau air sejuk berais. Tapi di neraka nanti, airnya ialah nanah yang busuk.

Astaghfirullah..

Sungguh, kita manusia ini tidak akan mampu menanggung azab seksa Allah Yang Maha Besar. Kita ini lemah.

Tapi mengapa diri kita ini masih degil? Rela mengikut dorongan nafsu. Menikmati kemanisan dan seronoknya kebatilan yang sekejap dengan membeli azab seksa yang berkekalan sakitnya.

Lawanlah kemahuan nafsu dengan kita tanya diri. Bersediakah kita menghadapi azab Ilahi? Kuatkah kita?





Dunia ini Sementara!


Alangkah ruginya kita. Masa yang singkat di dunia ini dibiarkan berlalu tanpa bercucuk tanam. Apa yang kita nak tuai di akhirat kelak?

Pelayaran kita ke bumi akhirat yang kekal selama-lamanya nanti tiada dipersiapkan bekal yang mencukupi. Adakah kita ini manusia yang bodoh?

Segala keseronokan dan kegembiraan di dunia ini akan ada pengakhirannya.

'Keseronokan' melakukan dosa itu, walau semanis mana sekalipun. Kita akan meninggalkan dunia ini. Dan akhiratlah yang kita akan hadapi. Barulah terbeliak mata kita semua nanti.

Jadi mengapa kita memilih seronok yang sekejap dan sementara padahal Allah Yang Maha Penyayang telah menyediakan syurga yang nikmatnya berlipat kali ganda lebih besar buat hambaNya yang sabar dalam keimanan.


Kemanisannya tiada berpenghujung.



Bermujahadahlah sahabat sekalian. Sungguh, Allah itu Maha Pengampun. Andai terlanjur melakukan dosa, kembalilah kepada tuhan, bertaubatlah. Jangan kita berputus asa dengan rahmat Tuhan yang luas.



َﻭَﻻَ ﺗَﻴْﺄَﺳُﻮﺍ ﻣِﻦْ ﺭَﻭْﺡِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ۖ ﺇِﻧَّﻪُ ﻻَ ﻳَﻴْﺄَﺱُ ﻣِﻦْ ﺭَﻭْﺡِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻻَّ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡُ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮُﻭﻥ

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87)

Mintalah bantuan dan kekuatan dariNya.


Renungkanlah kata-kata Nabi Yusuf tatkala digoda oleh seorang wanita cantik jelita.

ﻭَﺭَﺍﻭَﺩَﺗْﻪُ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﻫُﻮَ ﻓِﻲ ﺑَﻴْﺘِﻬَﺎ ﻋَﻦْ ﻧَﻔْﺴِﻪِ ﻭَﻏَﻠَّﻘَﺖِ ﺍﻷَْﺑْﻮَﺍﺏَ ﻭَﻗَﺎﻟَﺖْ ﻫَﻴْﺖَ ﻟَﻚَ ۚ ﻗَﺎﻝَ ﻣَﻌَﺎﺫَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ۖ ﺇِﻧَّﻪُ ﺭَﺑِّﻲ ﺃَﺣْﺴَﻦَ ﻣَﺜْﻮَﺍﻱَ ۖ ﺇِﻧَّﻪُ ﻻَ ﻳُﻔْﻠِﺢُ ﺍﻟﻆَّﺎﻟِﻤُﻮﻥَ

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". (Yusuf: 23)




No comments:

Post a Comment