Tuesday, October 14, 2014

IBRAH DARI SEBUAH PINGGAN





Bismillah

Setiap hari kita makan. Ada yang 3 kali sehari. Ada yang tambah extra ‘supper’ jadi 4 kali sehari. Malah ada yang 5 dan lebih daripada itu.

Biasanya menu yang popular di Malaysia ni bila sarapan ialah Nasi Lemak, kalau tidak pun mungkin Kueytiaw atau Mihun. Kalau tengah hari pula, pinggan akan lebih padat. Nasi sudah tentu wajib hadir dan ditemani lauk yang berbagai rasa, warna dan jenis. Ikan, ayam, itik, kambing dan yang sewaktu dengannya merupakan lauk yang dominan. Manakala pelengkapnya pula terdiri daripada sayuran yang beraneka rasa dan tidak lupa juga buah-buahan sebagai ‘introduction’ sebelum menjamah hidangan yang ada di atas meja.




COPPP!!! Tunggu sekejap..

Cuba kita perhatikan, segala lauk pauk yang bergelimpangan di hadapan kita ini dari mana datangnya ya??

Bila kita perhatikan dengan hikmah maka kita akan dapati bahawa makanan yang kita suapkan ke dalam mulut kita setiap hari adalah makhluk Allah juga. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, yang berada di darat, bukit, hutan, langit atau lautan semuanya berhimpun menyerah diri untuk menjadi sumber tenaga kepada kita manusia.

Allah sebutkan di dalam al-Quran:


Maksudnya: 
"Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu zahir dan batin. Tetapi di antara manusia ada membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk atau kitab yang memberi penerangan."


Sesungguhnya Allah yang telah meciptakan seluruh alam ini. Seluruh makhluk ciptaan Allah patuh dan taat kepada perintah Allah dan sentiasa berzikir membesarkan Allah. Dan kita manusia ini adalah sebaik-baik ciptaan yang Allah hantar ke dunia dan diberikan pelbagai nikmat. Apakah segala nikmat ini diberikan sekadar ‘saja-saja’.

Sesungguhnya kita diutus oleh Allah ke muka bumi ini dengan satu MISI.

Allah s.w.t menundukkan segala yang ada di langit dan dibumi untuk kita manusia.  Manusia bebas berbuat apa sahaja di bumi ini. Bebas menggunakan segala yang ada di bumi ini. Kita boleh makan apa sahaja yang kita mahu. Kita boleh gali segala kekayaan yang ada di bawah bumi.



Apakah ini suatu yang tidak ada apa-apa sebab? Fo Free? Seriously??

Hakikatnya Allah menyediakan dunia ini untuk manusia. Dan manusia itu untuk Allah. Allah menundukkan makhluknya yang lain untuk manusia tak lain dan tak bukan adalah supaya manusia mampu melaksanakan taklifan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah.

~HAMBA~

~KHALIFAH~

~DAKWAH~

Adalah amat sombong dan angkuhnya manusia mengambil nikmat yang telah Allah kurniakan dengan percuma tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.  Alangkah ruginya manusia yang kenyang perut dan kaya dengan hasil daripada alam tetapi tidak mengenal siapakah yang mengurniakannya kepada mereka.


Tidakkah timbul rasa malu mengaut keenakan nikmat daripada Sang Rabbi tetapi kufur dan ingkar kepada perintahnya. Tidak ada yang milik kita di dunia ini. Segalanya milik Allah. Malah, diri kita yang kita banggakan ini hakikatnya adalah juga milik Allah.

Kembalilah kepadaNya. Muhasabah. Ingat kembali MISI dan tanggungjawab kita di dunia. Allah tidak ciptakan kita dan beri rezeki kepada kita dengan sia-sia. Semuanya supaya kita dapat ‘accomplish’ task yang telah diletakkan kepada kita dalam mengejar nikmat syurga dan mengelak daripada azab neraka.

Allah tidak mengharap apa-apa daripada kita. Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Kita yang berhajat kepada Allah. Segala kebaikan, perjuangan dan pengorbanan yang kita lakukan untungnya kembali kepada diri kita sendiri.

Betapa pengasih dan pemurahnya Allah, sekalipun hambanya kufur, ingkar, derhaka berdosa dan sesat sehinggakan ada yang mencaci dan menghina Allah. Mereka tetap dapat hirup udara Allah. Mereka masih lagi dapat makan dan minum dengan aman. Mereka bebas menggunakan tubuh yang Allah ciptakan itu mengikut kehendak mereka.

Peluang…



Allah masih memberi peluang untuk kita kembali kepadaNya.

MISI kita. Matlamat kita. Jangan pernah kita lupa. Ibarat laying-layang, kalau terputus talinya, maka jadilah ia terbangbtak tentu hala. Hilang arah dan punca. Terbang melayang tidak berguna.


Sekian.






No comments:

Post a Comment