Bismillah
Setiap hari
kita makan. Ada yang 3 kali sehari. Ada yang tambah extra ‘supper’ jadi 4 kali
sehari. Malah ada yang 5 dan lebih daripada itu.
Biasanya
menu yang popular di Malaysia ni bila sarapan ialah Nasi Lemak, kalau tidak pun
mungkin Kueytiaw atau Mihun. Kalau tengah hari pula, pinggan akan lebih padat.
Nasi sudah tentu wajib hadir dan ditemani lauk yang berbagai rasa, warna dan
jenis. Ikan, ayam, itik, kambing dan yang sewaktu dengannya merupakan lauk yang
dominan. Manakala pelengkapnya pula terdiri daripada sayuran yang beraneka rasa
dan tidak lupa juga buah-buahan sebagai ‘introduction’ sebelum menjamah
hidangan yang ada di atas meja.
COPPP!!!
Tunggu sekejap..
Cuba kita
perhatikan, segala lauk pauk yang bergelimpangan di hadapan kita ini dari mana
datangnya ya??
Bila kita
perhatikan dengan hikmah maka kita akan dapati bahawa makanan yang kita suapkan
ke dalam mulut kita setiap hari adalah makhluk Allah juga. Haiwan,
tumbuh-tumbuhan, yang berada di darat, bukit, hutan, langit atau lautan
semuanya berhimpun menyerah diri untuk menjadi sumber tenaga kepada kita
manusia.
Allah
sebutkan di dalam al-Quran:
Maksudnya:
"Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu zahir dan batin. Tetapi di antara manusia ada membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk atau kitab yang memberi penerangan."
Sesungguhnya
Allah yang telah meciptakan seluruh alam ini. Seluruh makhluk ciptaan Allah
patuh dan taat kepada perintah Allah dan sentiasa berzikir membesarkan Allah.
Dan kita manusia ini adalah sebaik-baik ciptaan yang Allah hantar ke dunia dan
diberikan pelbagai nikmat. Apakah segala nikmat ini diberikan sekadar
‘saja-saja’.
Sesungguhnya
kita diutus oleh Allah ke muka bumi ini dengan satu MISI.
Allah s.w.t
menundukkan segala yang ada di langit dan dibumi untuk kita manusia. Manusia bebas berbuat apa sahaja di bumi ini.
Bebas menggunakan segala yang ada di bumi ini. Kita boleh makan apa sahaja yang
kita mahu. Kita boleh gali segala kekayaan yang ada di bawah bumi.
Apakah ini
suatu yang tidak ada apa-apa sebab? Fo Free? Seriously??
Hakikatnya
Allah menyediakan dunia ini untuk manusia. Dan manusia itu untuk Allah. Allah
menundukkan makhluknya yang lain untuk manusia tak lain dan tak bukan adalah
supaya manusia mampu melaksanakan taklifan yang telah diamanahkan kepadanya
oleh Allah.
~HAMBA~
~KHALIFAH~
~DAKWAH~
Adalah amat
sombong dan angkuhnya manusia mengambil nikmat yang telah Allah kurniakan dengan
percuma tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Alangkah ruginya manusia yang kenyang perut
dan kaya dengan hasil daripada alam tetapi tidak mengenal siapakah yang
mengurniakannya kepada mereka.
Tidakkah
timbul rasa malu mengaut keenakan nikmat daripada Sang Rabbi tetapi kufur dan
ingkar kepada perintahnya. Tidak ada yang milik kita di dunia ini. Segalanya
milik Allah. Malah, diri kita yang kita banggakan ini hakikatnya adalah juga
milik Allah.
Kembalilah
kepadaNya. Muhasabah. Ingat kembali MISI dan tanggungjawab kita di dunia. Allah
tidak ciptakan kita dan beri rezeki kepada kita dengan sia-sia. Semuanya supaya
kita dapat ‘accomplish’ task yang telah diletakkan kepada kita dalam mengejar
nikmat syurga dan mengelak daripada azab neraka.
Allah tidak
mengharap apa-apa daripada kita. Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Kita yang
berhajat kepada Allah. Segala kebaikan, perjuangan dan pengorbanan yang kita
lakukan untungnya kembali kepada diri kita sendiri.
Betapa
pengasih dan pemurahnya Allah, sekalipun hambanya kufur, ingkar, derhaka
berdosa dan sesat sehinggakan ada yang mencaci dan menghina Allah. Mereka tetap
dapat hirup udara Allah. Mereka masih lagi dapat makan dan minum dengan aman.
Mereka bebas menggunakan tubuh yang Allah ciptakan itu mengikut kehendak
mereka.
Peluang…
Allah masih
memberi peluang untuk kita kembali kepadaNya.
MISI kita.
Matlamat kita. Jangan pernah kita lupa. Ibarat laying-layang, kalau terputus
talinya, maka jadilah ia terbangbtak tentu hala. Hilang arah dan punca. Terbang
melayang tidak berguna.
Sekian.










